• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
A- A A+

Latar Belakang

PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB ditubuhkan pada tahun 1899 serentak dengan pelantikan pegawai Daerah Raub yang pertama iaitu Encik F.W. Douglas. Raub merupakan bandar pelombongan emas utama bagi negeri Pahang Darul Makmur.

Bidang kuasanya tertakluk kepada hal ehwal pentadbiran kawasan dalam daerah Raub seluas 226, 833 hektar atau 2269 km persegi. Terdapat 9 mukim dan 47 jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Raub.

Pada peringkat awal sekitar tahun 1921, Pejabat Daerah dan Tanah Raub beroperasi di Bangunan JKR 146 (Bangunan Majlis Daerah Raub) yang dikenali sebagai 'Public Office' pada ketika itu dengan keluasan ruang pejabat 0e.2r.3p dan ditempatkan bersama dengan Jabatan Kerja Raya (Public Work Department), Mahkamah Tinggi Raub (Raub High Court) dan Bank Hong Kong and Shanghai Corporation Berhad. Namun pada tahun 1969, bank tersebut telah berpindah ke bangunannya sendiri.

 

 

Bagi memperkemaskan Pentadbiran Daerah Raub, pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta dan sebanyak 2.2 juta lagi turut disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembinaan Komplek Pentadbiran Daerah yang baru. Kos keseluruhan bagi membina bangunan baru ini telah menelan belanja sebanyak RM5.149 juta. Ianya mula dibina pada 20 Januari 1988 dan siap sepenuhnya pada 16 Disember 1989.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muazam Shah telah berkenan berangkat mencemar dulu untuk menyempurnakan perasmian bangunan baru ini pada tanggal 16 Oktober 1990.

Bangunan ini telah dibina di atas kawasan seluas 13 ekar (5.26091 Ha.) berhampiran dengan Hospital Daerah Raub. Ruang pejabat pula meliputi kawasan seluas 0e.3r.11p (3313.3 meter persegi) dan dianggap sesuai untuk menempatkan Bangunan Kompleks Pentadbiran Daerah Raub, di samping beberpa jabatan lain seperti Jabatan Kerja Raya, Bahagian Keselamatan Negara Daerah Raub dan Pejabat Perpaduan Daerah Raub.

Dengan penempatan baru ini, ia membantu dalam penyusunan ruang pejabat agar lebih kemas, teratur, selesa dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik dan kondusif.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pencapaian

ISO 3 Untitled-4

Pelawat@PDTR

547424
Hari IniHari Ini17
Bulan IniBulan Ini580
KeseluruhanKeseluruhan547424

Hakcipta Terpelihara © Pejabat Daerah dan Tanah Raub 2011
Penafian : Pejabat Daerah dan Tanah Raub tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0, Mozilla Firefox 3.0 & Chrome ke atas dengan resolusi 1024 x 768