• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
A- A A+

Cukai Tanah

 

Apa itu cukai tanah?
  • Cukai yang wajib dibayar oleh pemilik tanah, individu atau syarikat kepada Pentadbir Tanah pada setiap tahun.
  • Ia adalah berbeza dari cukai pintu yang dibayar di Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah) mengikut perkhidmatan yang diberikan.
Bila perlu dibayar?
  • Pemilik tanah perlu menjelaskan cukai tanah mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
  • Mulai 1 Jun, cukai akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat sebanyak 10 daripada cukai semasa.
Dimanakah pembayaran boleh dilakukan?
Bank apakah yang terlibat dalam pembayaran secara online?

Melalui FPX, pilihan bank adalah seperti berikut:

  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank
  • Hong Leong Bank Berhad
Apakah kesan jika cukai tanah tidak dijelaskan?
  • Kegagalan membayar cukai tanah setiap tahun akan menyebabkan Notis Hasil Terhutang (Notis 6A) Dibawah Seksyen 97 KTN 1965 dikeluarkan.
  • Sekiranya masih lagi gagal membayar cukai tanah, Perintah Melucuthak (Notis 8A) Dibawah Seksyen 100 KTN 1965 akan dikenakan.
Apakah tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai? Pembayar cukai hendaklah:-
  • Menyemak di Pejabat Tanah (Unit Hasil) sama ada cukai anda telah dibayar atau tidak.
  • Membayar cukai sebelum tarikh akhir pembayaran
  • Maklum kepada Pejabat Tanah (Unit Hasil) jika terdapat pertukaran alamat.
Apa itu Notis 6A dan Notis 8A? Notis 6A - Dikeluarkan jika didapati cukai tanah tertunggak dan perlu dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh terima notis.

Notis 8A - Diwartakan sekiranya notis 6A tidak dibayar dalam tempoh 3 bulan. Hak pemilikan tanah terlucut serta merta setelah ia didaftarkan.
Carta Alir Pembayaran Cukai Tanah

"MEMBAYAR CUKAI TANAH ADALAH TANGGUNGJAWAB PEMILIK TANAH"
"JELASKAN CUKAI TANAH, ELAKKAN TANAH ANDA DARIPADA DIRAMPAS"

Maklumat/ Pertanyaan sila hubungi:-

Unit Hasil,
Pejabat Daerah dan Tanah Raub,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-355 1963 samb. 113/ 112/ 105
Faks : 09-355 1344
Emel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Web: http:// pdraub.pahang.gov.my

Pencapaian

ISO 3 Untitled-4

Pelawat@PDTR

547423
Hari IniHari Ini16
Bulan IniBulan Ini579
KeseluruhanKeseluruhan547423

Hakcipta Terpelihara © Pejabat Daerah dan Tanah Raub 2011
Penafian : Pejabat Daerah dan Tanah Raub tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0, Mozilla Firefox 3.0 & Chrome ke atas dengan resolusi 1024 x 768