• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
A- A A+

Pelancongan di Raub

NAMA TEMPAT GAMBAR  KETERANGAN 
BUKIT FRASER   Bukit Fraser adalah kawasan peranginan tanah tinggi. Ianya merupakan
destinasi menarik dengan hawa udaranya dingin serta pengekalan ciri-ciri kolonial masa lalu seperti seni bina ala Todur dan suasana perkampungan Inggeris. 
Skala pembangunan dan tata fizikalnya memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati alam semulajadi. Bukit Fraser terletak kira-kira 1,500 meter daripada aras laut. Ianya seluas 28.049 km persegi.
JERAM BESU   Jeram Besu merupakan salah satu tempat rekreasi untuk sukan lasak seperti berkhemah, berakit (water rafting), berkayak, kenu, pengembaraan malam dan sebagainya. Jeram Besu terletak di Sungai Lipis di dalam mukim Sega, sejauh 6Km dari pekan Benta dan kira-kira 30Km dari bandar Raub.

LATA JARUM   Lata Jarum merupakan salah satu lagi tempat rekreasi keluarga yang terletak di mukim Ulu Dong, kira-kira 14km daripada pekan Dong. Keindahan alam semulajadi dengan deruan air terjun, kesejukan air sungai, bunyian unggas rimba menggamit pengunjung yang datang untuk beriadah dan bersantai. Antara kemudahan yang disediakan termasuk tandas awam, tempat persalinan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin bermalam, terdapat juga pengusaha chalet, homestay dan chalet yang menawarkan pakej dengan harga yang berpatutan.
PULAU CHEKAS

Mendapat nama apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua ini merupakan tarikan dan keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras dan di sebelah kiri pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu. Pulau Chekas terletak lebih kurang 2km dari Lata Jarum dan terdapat kemudahan seperti tempat persalinan, tandas awam, tapak untuk berkelah dan perkhemahan di samping gelongsor air untuk kanak-kanak.

LATA LEMBIK

Hutan Lipur Lata Lembik terletak di Kampung Baru Kela kira-kira 22km dari simpang Kampung Batu Malim. Lata Lembik masih mengekalkan keindahan alam semulajadi dengan suasana rimba yang masih terpelihara, aliran sungai yang mendamaikan, persekitaran yang tidak tercemar dengan aktiviti pembangunan yang minimum. Kehijauan flora yang menenangkan jiwa menjadikannya sesuai sebagai tempat tumpuan riadah keluarga, apatah lagi lokasinya jauh dari hiruk pikuk dan kesesakan bandar.

Pencapaian

ISO 3 Untitled-4

Pelawat@PDTR

547423
Hari IniHari Ini16
Bulan IniBulan Ini579
KeseluruhanKeseluruhan547423

Hakcipta Terpelihara © Pejabat Daerah dan Tanah Raub 2011
Penafian : Pejabat Daerah dan Tanah Raub tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0, Mozilla Firefox 3.0 & Chrome ke atas dengan resolusi 1024 x 768