• default style
  • blue style
  • green style
  • red style
  • orange style
A- A A+

Soalan Lazim Tanah

1. SOALAN   : ADAKAH ANDA MEMILIKI TANAH?
   JAWAPAN : Ianya meliputi Perumahan, Pertanian, Industri, kawasan lapang, ladang, kebun, lombong dan sebagainya.

2. SOALAN   : BILAKAH PERLU MENJELASKAN CUKAI TANAH?
   JAWAPAN : 
Cukai tanah hendaklah dijelaskan sebelum 1hb Jun setiap tahun bagi mengelakkan denda sebanyak 10% ke atas cukai semasa. 
                   Kegagalan anda menjelaskan cukai tanah akan menyebabkan tanah anda berkemungkinan akan dirampas.

3. SOALAN   : DIMANA PEMBAYARAN CUKAI BOLEH DIBUAT?
   JAWAPAN : i) 
Pembayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah di negeri  Pahang
                   ii) 
Pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui laman web : http://ptg.pahang.gov.my

4. SOALAN    :  BAGAIMANA PEMBAYARAN CUKAI BOLEH DIBUAT?
   JAWAPAN  :  
Pembayaran boleh dibuat secara tunai dan bayaran melalui: bank draf, cek, kiriman wang, wang pos dibuat atas nama 
                     PENTADBIR TANAH DAERAH RAUB

5. SOALAN    : BOLEHKAH BAYARAN CUKAI TANAH DIBUAT DI DAERAH-DAERAH LAIN?
    JAWAPAN : Cukai tanah boleh dibuat di semua daerah dalam Negeri Pahang atau pembayaran secara online melalui laman web : http://ptg.pahang.gov.my

6. SOALAN    :  APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN URUSAN SURATCARA PINDAH MILIK TANAH?
 
  JAWAPAN :  i) Borang 14A asal yang telah lengkap serta telahpun dibayar duti setem.
                         ii) Resit cukai tanah
                         iii) Hakmilik DHKK asal
                        iv) Surat kebenaran pemilik
                         v) Sijil setem (LHDN) dan Notis Taksiran pemilik tanah

 7. SOALAN    : APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN URUSAN PERMOHONAN MENGGADAI?
   
 JAWAPAN :  i) Borang 16A asal yang telah lengkap serta telahpun dibayar duti setem
                          ii) Resit cukai tanah
                          iii) Hakmilik DHKK asal
                          iv) Surat kebenaran menggadai
                          v) Sijil setem (LHDN) dan Notis Taksiran pemilik tanah
 
8. SOALAN    : BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)?
    JAWAPAN :  i) Satu salinan 'Borang Permohonan' yang lengkap diisi
                         ii) Satu salinan pelan tapak
 
9. SOALAN    : APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN UNTUK PERMOHONAN UBAH SYARAT?
    JAWAPAN : Borang permohonan tukar syarat nyata di bawah KTN Akta 56/1995 (Seksyen 124 KTN 56/65)
 
10. SOALAN :  APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA PENTADBIR TANAH SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN PECAH  SEMPADAN (9A) PECAH BAHAGIAN (9B) DAN CANTUMAN (9C) TANAH OLEH JURUUKUR?
      JAWAPAN :  i) 20 pelan pra-hitungan yang diluluskan oleh Majlis Daerah 
                           ii) 3 salinan Borang 9A yang lengkap diisi
                           iii) Salinan hakmilik asal
                           iv) Sijil Carian Rasmi
                           v) Salinan Resit Hasil Tahunan semasa
  
11. SOALAN   :  APAKAH DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN? 
      JAWAPAN :    i) Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri
                             ii) Bayaran wang proses bergantung kepada keluasan tanah dipohon
                                  - Kurang daripada 4 hektar - RM 10.00
                                  - 4 hektar hingga 20 hektar - RM 100.00
                                  - Lebih daripada 20 hektar hingga 40 hektar - RM 250.00
                                  - Lebih daripada 40 hektar hingga 100 hektar - RM 500.00
                                  - Lebih daripada 100 hektar - RM 1,000.00

Pencapaian

ISO 3 Untitled-4

Pelawat@PDTR

547423
Hari IniHari Ini16
Bulan IniBulan Ini579
KeseluruhanKeseluruhan547423

Hakcipta Terpelihara © Pejabat Daerah dan Tanah Raub 2011
Penafian : Pejabat Daerah dan Tanah Raub tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan IE 7.0, Mozilla Firefox 3.0 & Chrome ke atas dengan resolusi 1024 x 768