Arkib Berita

Bengkel HRMIS bagi modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi Tahun 2020
11 Nov 2020
RAUB, 11 November 2020 - Jabatan ini mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel selama 3 hari bagi memastikan modul LNPT ini disiapkan oleh semua pegawai dan kakitangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Pusat Internet Taman Mutiara 1.

Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2020/1442H
06 Nov 2020
RAUB, 6 November 2020 - Jabatan ini dengan kerjasama biro agama Kelab Petanda Emas telah menganjurkan ceramah agama sempena Maulidur Rasul bertempat di Bilik Integriti PDT Raub. Ceramah ini diharap dapat memberi kefahaman dan memupuk rasa kasih pada junjungan besar rasul kita, Nabi Muhammad SAW.

Audit Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Tahun 2020
22 Oct 2020
RAUB, 22 Oktober 2020 - Audit Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang telah diadakan pada 21 hingga 22 Oktober 2020. Setinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang telah membuat persediaan untuk sesi audit ini di mana PDT Raub telah memperolehi 5 bintang. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan pada masa hadapan.

Sambutan Hari Malaysia Tahun 2020 Peringkat Daerah Raub
17 Sep 2020
RAUB, 16 September 2020 - Hari Malaysia Peringkat Daerah Raub telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak. Sambutan ini adalah anjuran bersama jabatan ini bersama Majlis Daerah Raub. Antara aktiviti yang diadakan adalah nyanyian lagu kebangsaan, persembahan dan cabutan bertuah. Sambutan berakhir sekitar jam 10.30 pagi.

Program Hari e-Census 2020 Penjawat Awam Negeri
10 Sep 2020
RAUB, 09 September 2020 - Program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 melalui e-Census telah diadakan di ruang kerja pegawai/kakitangan jabatan ini. Program ini melayakkan pegawai/kakitangan merekodkan 1 hari berkursus.

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Raub
01 Sep 2020
RAUB, 1 September 2020 - Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2020 peringkat daerah Raub diadakan di Dewan Titiwangsa UiTM Kampus Raub. Program bermula tepat jam 8 pagi yang dimulai dengan lagu Negaraku, diikuti lagu Negeri Pahang dan bacaan doa. Majlis turut diserikan dengan tarian tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli. Program diakhiri jam 9.30 pagi dengan laungan merdeka dan nyanyi lagu Jalur Gemilang oleh semua hadirin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 338 kali.
Kembali ke Atas