Arkib Berita

Bengkel Sharing HRMIS Modul Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2018

Bengkel Sharing HRMIS Modul Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2018

RAUB, 29 Ogos 2018 - Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia, satu bengkel bagi melengkapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melalui HRMIS telah diadakan yang melibatkan seramai 15 orang kakitangan jabatan ini.
Kursus Microsoft Powerpoint dan Microsoft Publisher

Kursus Microsoft Powerpoint dan Microsoft Publisher

RAUB, 15 Ogos 2018 - Kemahiran dan pengetahuan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher dan Microsoft Powerpoint menjadi objektif penganjuran kursus yang diadakan di Pusat Internet Jalur Lebar ini. Kursus yang berlangsung diharap dapat memberi kemahiran dan kefahaman kepada peserta dalam menghasilkan grafik dan teks bagi asas penerbitan.
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan-Jabatan Daerah Raub

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan-Jabatan Daerah Raub

RAUB, 10 Julai 2018 - Lebih 40 jabatan negeri dan persekutuan telah memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan-Jabatan Daerah Raub yang telah menjadi acara tradisi setiap tahun. Berkonsepkan gerai, tetamu disajikan dengan pelbagai juadah dan minuman di samping turut diadakan acara cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.
Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kelab Petanda Emas 2018

Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kelab Petanda Emas 2018

RAUB, 5 Jun 2018 - Sudah menjadi tradisi saban tahun Kelab Petanda Emas Pejabat Daerah dan Tanah Raub menganjurkan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan. Tahun ini bertambah meriah dengan acara penyerahan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Majlis Berbuka Puasa sempena Kembara Ramadan Temenggong 2018

Majlis Berbuka Puasa sempena Kembara Ramadan Temenggong 2018

RAUB, 31 Mei 2018 -Program Kembara Ramadan Temenggong 2018 telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fadh Mua'adzam Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah melalui Program Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Kuala Semantan, Raub.
Program Tadarus Al-Quran Sempena Ramadhan 1439H/2018M di Pejabat Daerah dan Tanah Raub

Program Tadarus Al-Quran Sempena Ramadhan 1439H/2018M di Pejabat Daerah dan Tanah Raub

RAUB, 18 Mei 2018 - Bermula 1 Ramadan 1439H, telah diadakan program Tadarus Al-Quran yang bertempat di Bilik Mesyuarat 1 jabatan ini. Seramai lebih kurang 22 kakitangan wanita menyertai program tadarus ini yang dimulai seawal jam 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari bekerja.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 194 kali.


Kembali ke Atas