Arkib Berita

Kursus Asas Microsoft Office Siri 1

Kursus Asas Microsoft Office Siri 1

29 November 2017, Raub - Bertempat di Pusat Internet 1Malaysia, kursus ini secara tidak langsung telah menambah kemahiran kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub dalam menggunakan aplikasi asas Microsoft Office. Kursus ini telah berlangsung selama 2 hari melibatkan 2 sesi dan disertai oleh 27 orang kakitangan jabatan ini.
Mercu Tanda Terbaharu PDT Raub

Mercu Tanda Terbaharu PDT Raub

Mercu tanda terbaharu Pejabat Daerah dan Tanah Raub hasil cetusan idea Pegawai Daerah, YH Dato' Haji Hamdan Bin Hussin
Senamrobik bersama Dato’ Pegawai Daerah Raub

Senamrobik bersama Dato’ Pegawai Daerah Raub

Aktiviti riadah mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecergasan kita. Oleh yang demikian, program senamrobik telah diperkenalkan oleh YH Dato Pegawai Daerah untuk membentuk budaya beriadah ini. Semua kakitangan diharap dapat menyertai senamrobik yang akan diadakan setiap pagi Jumaat.
Seminar "Kemanakah Hartamu Nanti"

Seminar "Kemanakah Hartamu Nanti"

Objektif seminar ini adalah untuk memberikan maklumat berkaitan harta pusaka, kepentingan wasiat, isu faraid dan sebagainya. Seminar “Kemanakah Hartamu Nanti telah diadakan bertempat di Bilik Integriti PDT Raub dan disertai oleh lebih kurang 40 orang kakitangan jabatan ini.
Program Jom Sihat 10,000 Langkah

Program Jom Sihat 10,000 Langkah

Program Jom Sihat 10,000 Langkah telah diadakan pada 13 Oktober 2017 dengan disertai oleh pegawai dan kakitangan PDT Raub. Program ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kecergasan fizikal dalam melaksanakan tugas-tugas harian di pejabat. Program ini juga dijadualkan akan diadakan setiap hari Jumaat pada setiap minggu.
Mesyuarat Agong Kelab Pejabat Daerah dan Tanah Raub (Petanda Emas) Pahang Kali ke 28

Mesyuarat Agong Kelab Pejabat Daerah dan Tanah Raub (Petanda Emas) Pahang Kali ke 28

Mesyuarat Agong Kelab Pejabat Daerah dan Tanah Raub (Petanda Emas) Pahang Kali ke 28 yang telah diadakan pada 3 Oktober 2017 di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Raub
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 194 kali.


Kembali ke Atas