Berita

Program Ceramah Integriti dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi Ketua Jabatan Daerah Raub dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub (Gred 22 dan ke atas)

Munirra

Pelbagai usaha dilakukan demi menyokong usaha membanteras jenayah rasuah, namun sekiranya tiada kerjasama, kesedaran dan pengetahuan, ianya umpama bertepuk sebelah tangan. Kita tidak boleh memetik jari dan rasuah lenyap dalam sehari, sebulan atau setahun. Penganjuran program ini adalah salah satu inisiatif Jabatan bagi membendung permasalahan rasuah melalui perkongsian penerangan di samping menyokong usaha Kerajaan memerangi rasuah. 

Ikrar integriti ini diharap akan menyemarakkan lagi budaya berintegriti dan kecemerlangan di kalangan seluruh warga agensi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi agama, negara dan bangsa tercinta.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas