Bukit Fraser

Bukit Fraser

Bukit Fraser merupakan tempat peranginan yang nyaman kerana terletak di tanah tinggi. Bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, di sini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang masih kekal terpelihara daripada kepesatan pemodenan. Suhu dingin sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius dengan ketinggian 1,524 meter di atas paras laut memberi panorama redup dan lembab dengan aroma udara yang segar. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.







Tarikh Kemaskini: 07/11/2017 19:19:16

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 720 kali.


Kembali ke Atas