Perutusan Pegawai Daerah



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Raub

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya, saya berpeluang untuk memberikan sepatah dua kata di ruangan ini.

Sudah terang lagi bersuluh, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi manfaat yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Hampir setiap detik penggunaan teknologi ini menyebabkan kita dapat mengakses banyak perkara di hujung jari. Ini sekaligus mengukuhkan ungkapan ”DUNIA TANPA SEMPADAN”. Kemajuan ICT yang sangat pantas dan drastik ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai.

Portal Pejabat Daerah dan Tanah Raub ini diwujudkan sebagai salah satu saluran alternatif untuk penyampaian maklumat seperti paparan berita, kalender peristiwa, maklumat jabatan serta daerah, notis tender/ sebutharga, iklan, pengumuman, aduan awam dan sebagainya. Semua maklumat ini diharap dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sekaligus menyediakan perkhidmatan dalam talian yang cepat, cekap dan telus.

Bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sedia ada, saya sangat mengalu-alukan sebarang komen atau pandangan dari pengunjung. Besar harapan, maklumbalas tersebut dapat membantu dalam menambahbaik portal ini.

Akhir kalam, semoga portal ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna untuk semua pihak.

Selamat melayari portal Pejabat Daerah dan Tanah Raub

YH. Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail, DIMP., AAP.
Pegawai Daerah Raub

Tarikh Kemaskini: 07/01/2020 09:09:55

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4685 kali.


Kembali ke Atas