Arkib Berita

Kursus Pengurusan Tanah dan Bengkel Penyediaan Pelan Perakuan dan Laporan PTNF4 Tahun 2023
16 Mar 2023
RAUB, 15 MAC 2023 - Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini memberi penekanan mengenai sistem pentadbiran tanah di negeri Pahang merangkumi topik pemberimilikan, perizaban dan sebagainya. Turut diberikan praktikal penyediaan pelan perakuan melalui Sistem PLGS dan menggunakan aplikasi AutoCad. Diharap kursus dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kakitangan dan pegawai di bahagian ini.

Taklimat Pembinaan Menara Telekomunikasi di Setiap Daerah
16 Mar 2023
RAUB, 15 MAC 2023 - Kerajaan Pahang akan mengadakan taklimat bersama kepimpinan dan kampung di setiap daerah di negeri ini bagi memberi penerangan berkenaan pembinaan menara telekomukasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Bailey-Bridge Raub- Bukit Fraser Dibuka Selasa Depan
27 Feb 2023
RAUB, 27 FEBRUARI 2022 - Kerja-kerja pembinaan jambatan sementara atau Bailey Bridge bagi menyambung jalan utama Raub – Bukit Fraser berdekatan Kampung Tras kini berada di peringkat akhir. Pegawai Daerah Raub, YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail berkata, jalan berkenaan akan dibuka semula kepada pengguna bermula Selasa depan.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Berkenan Berangkat ke Kejohanan Ragbi Jemputan 10 Sebelah
03 Oct 2022
RAUB, 2 OKTOBER 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Kejohanan Ragbi Jemputan Raub 10 Sebelah di Kompleks Rakan Muda Dong, di sini semalam.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Rasmi Tugu Peringatan Force 136
26 Sep 2022
RAUB, 24 SEPTEMBER 2022 : Tugu yang didirikan di Kem Puncak Emas ini adalah bagi memperingati 244 pejuang tanah air yang terdiri daripada anak-anak watan negeri ini yang pernah berjuang mempertahankan negara ini.

Liputan Internet 4G di Raub Meningkat 90.01 peratus
09 Sep 2022
RAUB, 8 SEPTEMBER 2022 - Sebanyak 23 menara baharu sedang dibina di Daerah Raub bagi memperluas dan meningkatkan lagi perkhidmatan internet di seluruh negeri Pahang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 820 kali.
Kembali ke Atas