Arkib Berita

Bengkel Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
08 Apr 2021
RAUB, 7 April 2021 - Bengkel 2 hari bagi pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diadakan di Kolej Komuniti Cawangan Raub. Pengarah BPA Pahang, Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin@Adnan telah menyampaikan ceramah berkaitan sistem aduan tersebut. Diharap bengkel ini dapat menambah kefahaman pengguna sistem dalam mengendalikan aduan dengan lebih efektif dan cekap.

Cabutan Undi Tawaran Kerja Secara Online
03 Mar 2021
RAUB, 1 Mac 2021 - Seramai 132 kontraktor berdaftar telah layak menyertai cabutan undi tawaran kerja melalui FB Live jabatan. Sebanyak 8 projek ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya dalam cabutan.

Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Terjejas Banjir sekitar Raub
12 Jan 2021
RAUB, 09 Januari 2021 - Sukarelawan dari jabatan ini saling berkerjasama membersihkan kawasan yang terjejas oleh banjir di sekitar Kampung Gali Hilir. Kerja-kerja pembersihan ini diharap dapat meringankan sedikit beban mangsa-mangsa banjir.

Majlis Sanjungan Budi dan Lambaian Kasih Pejabat Daerah dan Tanah Raub
31 Dec 2020
RAUB, 31 Disember 2020 - Majlis meraikan pegawai bersara dan bertukar telah diadakan di Bilik Gerakan jabatan ini. Majlis dihadiri oleh Pegawai Daerah Raub, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua unit.

Bengkel HRMIS bagi modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi Tahun 2020
11 Nov 2020
RAUB, 11 November 2020 - Jabatan ini mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel selama 3 hari bagi memastikan modul LNPT ini disiapkan oleh semua pegawai dan kakitangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bengkel ini telah diadakan bertempat di Pusat Internet Taman Mutiara 1.

Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2020/1442H
06 Nov 2020
RAUB, 6 November 2020 - Jabatan ini dengan kerjasama biro agama Kelab Petanda Emas telah menganjurkan ceramah agama sempena Maulidur Rasul bertempat di Bilik Integriti PDT Raub. Ceramah ini diharap dapat memberi kefahaman dan memupuk rasa kasih pada junjungan besar rasul kita, Nabi Muhammad SAW.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 782 kali.
Kembali ke Atas