Arkib Berita

Audit Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Tahun 2020

Audit Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah Tahun 2020

RAUB, 22 Oktober 2020 - Audit Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Negeri Pahang telah diadakan pada 21 hingga 22 Oktober 2020. Setinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang telah membuat persediaan untuk sesi audit ini di mana PDT Raub telah memperolehi 5 bintang. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan pada masa hadapan.
Sambutan Hari Malaysia Tahun 2020 Peringkat Daerah Raub

Sambutan Hari Malaysia Tahun 2020 Peringkat Daerah Raub

RAUB, 16 September 2020 - Hari Malaysia Peringkat Daerah Raub telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak. Sambutan ini adalah anjuran bersama jabatan ini bersama Majlis Daerah Raub. Antara aktiviti yang diadakan adalah nyanyian lagu kebangsaan, persembahan dan cabutan bertuah. Sambutan berakhir sekitar jam 10.30 pagi.
Program Hari e-Census 2020 Penjawat Awam Negeri

Program Hari e-Census 2020 Penjawat Awam Negeri

RAUB, 09 September 2020 - Program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 melalui e-Census telah diadakan di ruang kerja pegawai/kakitangan jabatan ini. Program ini melayakkan pegawai/kakitangan merekodkan 1 hari berkursus.
Pahang 360 200

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Raub

RAUB, 1 September 2020 - Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2020 peringkat daerah Raub diadakan di Dewan Titiwangsa UiTM Kampus Raub. Program bermula tepat jam 8 pagi yang dimulai dengan lagu Negaraku, diikuti lagu Negeri Pahang dan bacaan doa. Majlis turut diserikan dengan tarian tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli. Program diakhiri jam 9.30 pagi dengan laungan merdeka dan nyanyi lagu Jalur Gemilang oleh semua hadirin.
Kursus Secara Online (MyHRMIS Mobile Dalam Talian dan Pengurusan Sasaran Kerja Tahunan)

Kursus Secara Online (MyHRMIS Mobile Dalam Talian dan Pengurusan Sasaran Kerja Tahunan)

RAUB, 25 Ogos 2020 - Kursus secara dalam talian telah diadakan di Bilik Gerakan jabatan ini menggunakan aplikasi Webex Meeting. Kursus ini mendapat sambutan kerana kakitangan boleh menghadiri kursus di tempat kerja masing-masing tanpa perlu hadir ke bilik kursus.
Bayar Cukai Tanah 2020 Sebelum 31 Ogos 2020

Bayar Cukai Tanah 2020 Sebelum 31 Ogos 2020

RAUB, 10 Ogos 2020 - Cukai tanah adalah salah satu jenis cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri untuk pengurusan hartanah. Bayaran cukai tanah bagi tahun 2020 perlu dijelaskan sebelum 31 Ogos 2020 ini tanpa dikenakan sebarang denda lewat.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 782 kali.


Kembali ke Atas