Arkib Berita

Gotong Royong Membersih Kawasan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Raub
30 Jul 2020
RAUB, 24 Julai 2020 - Kerja-kerja pembersihan kawasan pejabat diadakan dengan disertai oleh kakitangan/pegawai jabatan ini. Pembahagian kawasan pembersihan adalah mengikut zon.

Kursus Pengurusan Kewangan (Tuntutan Elaun Perjalanan dan Lebih Masa)
24 Jul 2020
RAUB, 23 Julai 2020 - Seramai 30 orang pegawai/kakitangan telah menghadiri kursus 1 hari anjuran pentadbiran ini bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Diharap kursus singkat ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik tentang pengurusan kewangan khususnya dalam tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa.

Kutipan Luar Cukai Tanah di Balairaya Felda Lembah Klau
15 Jul 2020
RAUB, 14 Julai 2020 - Kutipan luar cukai tanah dilanjutkan ke Balairaya Felda Lembah Klau. Program kutipan luar cukai tanah ini dimulakan seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 3.30 petang. Rata-rata penduduk setempat bersetuju kutipan luar ini diadakan bagi memudahkan penduduk yang sukar ke pejabat untuk membayar cukai.

Kutipan Luar Cukai Tanah di Balairaya Felda Tersang 2
15 Jul 2020
RAUB, 13 Julai 2020 - Jabatan ini mengambil inisiatif dengan mengadakan kutipan luar cukai tanah bagi memudahkan pemilik tanah membayar cukai tanah milik mereka. Kutipan ini diadakan di Balairaya Felda Tersang 2 bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 3 petang.

Gotong Royong di Sekolah Menengah Agama Batu Talam
07 Jul 2020
RAUB, 6 Julai 2020 - Pegawai dan anggota Pejabat Daerah dan Tanah Raub turut serta dalam gotong royong membersihkan kawasan asrama yang terjejas akibat kebakaran di SMA Batu Talam.

Program Perhimpunan Bulanan Bil2/2020 Pejabat Daerah dan Tanah Raub Secara Online
25 Jun 2020
RAUB, 22 Jun 2020 - Buat pertama kalinya, jabatan ini menganjurkan perhimpunan bulanan melalui aplikasi Webex Meeting yang boleh ditonton secara dalam talian oleh warga kerja jabatan ini. Anggota jabatan ini dapat mendengar amanat yang disampaikan oleh YH. Dato' Pegawai Daerah Raub hanya di unit/bahagian masing-masing tanpa perlu berkumpul.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 782 kali.
Kembali ke Atas