Arkib Berita

Cabutan Undi Tawaran Kerja di Daerah Raub secara dalam talian

Cabutan Undi Tawaran Kerja di Daerah Raub secara dalam talian

RAUB, 09 Jun 2020 - Bersesuaian dengan norma baharu, jabatan ini telah menganjurkan cabutan undi tawaran kerja secara dalam talian melalui FB Live jabatan. Jabatan ini mengucapkan tahniah kepada para kontraktor yang terpilih dalam Projek Rangsangan Ekonomi bagi tahun 2020 ini.
Kajian Pergerakan Orang Awam di Pahang Fasa-2

Kajian Pergerakan Orang Awam di Pahang Fasa-2

KUANTAN, 4 APRIL 2020 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang sedang menjalankan soal selidik bertajuk Kajian Pergerakan Orang Awam Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negeri Pahang Fasa-2.
Sumbangan kepada Tabung COVID19 Negeri Pahang

Sumbangan kepada Tabung COVID19 Negeri Pahang

RAUB, 31 Mac 2020 - Jabatan ini berjaya mengumpulkan sejumlah RM7960.00 kepada Tabung COVID19 Negeri Pahang. Pegawai Daerah Raub merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan dan pegawai kerana sudi menyumbang kepada tabung ini
Sambutan Hari Lahir Penjawat Awam PDT Raub

Sambutan Hari Lahir Penjawat Awam PDT Raub

RAUB, 06 Mac 2020 - Sempena Program Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Tanah Raub Bil 1/2020, turut diadakan sambutan hari lahir penjawat awam PDT Raub yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.
Program Ceramah Motivasi Untuk Penjawat Awam Daerah Raub

Program Ceramah Motivasi Untuk Penjawat Awam Daerah Raub

RAUB, 21 Februari 2020 - Majlis Daerah Raub dan PUSPANITA Daerah telah menganjurkan satu ceramah bertajuk "Penjawat Awam Cemerlang" yang telah disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat. Ceramah turut disertai oleh pegawai dan kakitangan PDT Raub.
Program Mousang Ride @ Kolej Komuniti Bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang serta KDYTM Raja Muda Perlis

Program Mousang Ride @ Kolej Komuniti Bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang serta KDYTM Raja Muda Perlis

RAUB, 15 Februari 2020 - KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan berangkat ke Raub bagi program kayuhan basikal Mousang Ride@ Kolej Komuniti ke Kem 505 Askar Wataniah, Perkampungan Ibadah Warga Emas Islam dan Maahad Tahfiz Riadus Solihin. Program ini turut disertai oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 782 kali.


Kembali ke Atas