Arkib Berita

Program Ceramah Pemakanan Sihat Emosi Sejahtera Siri 1/2020
17 Feb 2020
RAUB, 14 Februari 2020 - Biro Sukan dan Rekreasi Kelab Petanda Emas telah mengadakan ceramah mengenai pemakanan sihat bersempena Program Weight Loss Challenge 2020 (WLC). Ceramah disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan dari Klinik Kesihatan Cheroh dan Klinik Kesihatan Dong.

Gotong Royong di Kuarters Jalan Cheroh - Batu Malim
13 Feb 2020
RAUB, 13 Februari 2020 - Gotong-royong merobohkan bangunan berlebihan dan tidak berguna di Kuarters No. 67 Jalan Cheroh - Batu Malim diadakan pagi tadi dengan kerjasama kakitangan PDT Raub dan JKR Raub.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Raub
07 Feb 2020
RAUB, 7 Februari 2020 - Mesyuarat kali pertama bagi tahun ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Raub, YH. Dato' Muhammad Shahid bin Ismail turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua unit.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Elaun Pengerusi JKKK serta sumbangan kerajaan negeri kepada JKKK Daerah Raub
03 Feb 2020
RAUB, 31 Januari 2020 - Seramai 47 orang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) menerima watikah pelantikan dan elaun serta sumbangan kerajaan negeri yang disampaikan oleh YB. Dato' Abd. Aziz bin Mat Kiram.

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Daerah dan Tanah Raub serta Majlis Daerah Raub
20 Jan 2020
RAUB, 17 Januari 2020 - Sesi penjelasan mengenai kadar cukai tanah tahun 2020 dan kadar cukai taksiran PBT telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Raub. Ceramah disampaikan oleh YH. Pegawai Daerah Raub.

Tinjauan Lapangan ke Tapak Raflesia
05 Jan 2020
RAUB, 5 Januari 2020 - Wakil jabatan turut menyertai tinjauan lapangan ke tapak bunga raflesia Taman Eko Rimba Lata Jarum, Ulu Dong, Raub anjuran Pejabat Hutan Raub bersama ketua jabatan/ agensi kerajaan daerah Raub.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 782 kali.
Kembali ke Atas