Berita

Jalan Lama Bentong-Raub ditutup kepada semua jenis kenderaan

Munirra

RAUB, 7 MEI 2022 - Laluan FT218, Seksyen 27.30 melibatkan Jalan Lama Bentong – Raub akan ditutup sementara waktu kepada semua kenderaan bermula pukul 2 petang ini.

Pegawai Daerah Raub, YH Dato’ Mohammad Shahid Ismail berkata, penutupan jalan yang menghubungkan antara bandar Raub dan Pekan Tras ini ekoran kejadian kerosakan struktur utama pada Jambatan Sungai Bilut.

“Kerja-kerja membaikpulih akan dijalankan bermula hari ini sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Raub, nanti.“Penutupan jalan ini juga adalah perlu bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya lagi, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan Central Spine Road (CSR) seperti yang disediakan dalam peta laluan alternatif.Orang ramai diminta patuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi JKR Daerah Raub di talian 09 – 355 4040. -PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas