Berita
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Daerah Raub 2022
RAUB, 14 MEI 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Aidilfitri daerah Raub yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (MARA) Cawangan Raub, Pahang semalam.
Turut mencemar duli, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tiba bersama baginda.
Turut hadir Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, Pegawai Daerah Raub Datuk Mohammad Shahid Ismail dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.-PAHANGMEDIA
Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP)
Kembali ke Atas