Berita

KDYMM Pemangku Raja Pahang Berangkat Merasmikan Penutup Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa

Munirra

RAUB, 24 JULAI 2022 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Penutup Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser hari ini.

Ketibaan baginda kira-kira jam 4.30 petang di Bukit Fraser itu disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Negeri Pahang selain beberapa ahli Majlis
Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin.

Sumber : PahangMedia

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas