Berita

Pahang Umum 1 Ogos 2022 Hari Kelepasan Am

Munirra

KUANTAN, 16 JUN 2022 : Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah Baginda.

“Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin).

“Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur bagi tahun 2022 sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini. – PAHANGMEDIA


SUMBER : Pahangmedia.my

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 85 kali.


Kembali ke Atas