Berita

Semua PPS di Jerantut, Raub dan Lipis ditutup

Munirra

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ini menjadikan jumlah mangsa banjir di Pahang setakat ini adalah seramai 24,898 mangsa daripada 7,374 keluarga di enam daerah.

Katanya, Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 11,785 orang daripada 3,372 keluarga yang ditempatkan di 60 PPS, diikuti Bentong yang seramai 4,595 orang daripada 1,577 keluarga di 17 PPS dan Kuantan 3,236 orang daripada 852 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS

Mangsa di Bera pula seramai 2,271 orang daripada 655 keluarga ditempatkan di 22 PPS, Pekan 1,529 orang daripada 492 keluarga ditempatkan di 20 PPS dan Maran 1,482 orang daripada 426 keluarga ditempatkan di 28 PPS.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 18 kes kematian dilaporkan setakat ini di seluruh Pahang iaitu sembilan di Bentong, empat di Temerloh dan masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan. – PAHANGMEDIA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas