Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
1 | Memastikan Laporan Perjawatan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) SUK Pahang pada atau sebelum 05 hb bulan berikutnya pada setiap bulan |
2 | Memastikan Urusan Proses Pengesahan Jawatan Anggota Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Dari Tarikh Terima Dokumen Lengkap |
3 | Memastikan Urusan Proses Pemberian Taraf Berpencen Anggota Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Dari Terima Dokumen Lengkap. |
4 | Memastikan Semua Anggota Pejabat Daerah Dan Tanah Raub Membuat Pengisytiharan Harta Sekurang-Kurangnya Sekali Dalam Tempoh Lima (5) Tahun Atau Jika Ada Perubahan Sama Ada Pelupusan Dan Penambahan Harta. |
5 | Memastikan Semua Bil Pembekal Yang Lengkap Dan Sempurna Diproses Bayaran Dalam Tempoh 14 Hari. |
6 | Memastikan Tuntutan Perjalanan Dan Lebih Masa Selesai Diproses Sebelum 10 Haribulan Bulan Berikutnya. |
7 | Memastikan Resit Dikeluarkan Dalam Tempoh Lima (5) Minit Tanpa Sebarang Masalah Teknikal Pada Sistem E-Perumahan |
8 | Memastikan Permohonan Penggunaan Kenderaan Dikemukakan Dalam Tempoh Sekurang-Kurang 1 Hari Sebelum Perjalanan Dilakukan. |
UNIT PELUPUSAN
1 | Permohonan Permit 4B disiasat dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam tempoh 6 bulan. |
2 | Permohonan Permit 4C disiasat dan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah dalam masa 30 hari. |
3 | Permohonan Tanah secara pemberimilikan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah. |
4 | Permohonan Tanah secara perizaban dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD) dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah. |
5 | Permohonan lanjut tempoh pajakan dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam masa 6 bulan dari tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah. |
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
1 | Memastikan Permohonan Tukar Syarat Tanah dan meminda syarat nyata Pertanian kepada Pertanian dikemukakan kepada PTD dalam masa 3 bulan daripada tarikh penerimaan fail oleh Penolong Pegawai Tanah. |
2 | Memastikan Permohonan Pecah Sempadan /Pecah Bahagian/Penyatuan Tanah Kelulusan Pentadbir Tanah Daerah dalam masa 3 bulan. |
3 | Memastikan Permohonan (Ulasan) Serahbalik dan Berimilik Semula Seksyen 204(D) KTN dikemukakan ke Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 2 bulan. |
4 | Memastikan Permohonan Pengambilan balik tanah diselesaikan dalam masa 24 bulan. |
UNIT PENDAFTARAN
1 | Memastikan Pendaftaran urusniaga / Suratcara dalam tempoh 1 hari bekerja. |
2 | Memastikan Pendaftaran hakmilik sementara dalam tempoh 1 hari bekerja selepas pembayaran Notis 5A. |
3 | Memastikan Kebenaran pindahmilik dan menggadai dalam tempoh 10 hari. |
4 | Memastikan Permohonan Perintah Jual dalam tempoh 18 bulan dari tarikh permohonan diterima. |
UNIT HASIL
1 | Menghantar Bil Cukai Tanah kepada Pemilik yang mempunyai Alamat Lengkap dalam tempoh Januari hingga Mei setiap tahun |
2 | Mengadakan Kutipan Luar sekurang-kurangnya Sekali Setahun. |
3 | Mengeluarkan Resit Bayaran Cukai Tanah dan lain-lain Bayaran dalam masa (5) Minit Selepas Bayaran diterima |
Tarikh Kemaskini: 08/12/2021 10:32:04
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 947 kali.
Kembali ke Atas